Peranan Niat Dalam Islam/menurut Islam
Antara peranan niat dalam islam:
1. Supaya segala kerja kita terhubung dengan Allah.
2. Agar membezakan di antara adat dengan ibadah.
3. Untuk mengesahkan ibadah.
4. Untuk amalan dan usaha mendapat pahala.
5. Boleh membanyakkan pahala di dalam satu-satu perkara.
6. Agar yang harus jadi ibadah.
7. Niat yang baik diberi pahala sekalipun belum sempat berbuat
8. Niat yang jahat apabila niat dibatalkan diberi pahala.
9. Niat lebih baik daripada amal.
10. Niat banyak perkara banyak pula pahalanya sekalipun belum berbuat.
"Sesungguhnya amalan seseorang itu bergantung pada niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pasang Niat Dalam Sebarang Kerja Kalau engkau keluar rumah tidak memasang apa-apa niat ,rugi sekali. Kalau engkau membuat sebarang kerja tidak ada niat apa-apa engkau membuang masa .Jika engkau membaca tidak ada apa-apa matlamat hanya sekadar ingin ilmu termasuk mensia-siakan umur engkau. Sekali-sekala engkau rehat-rehat tidak mempunyai niat terbuang sahaja masa engkau. Engkau makan, minum, berpakaian hanya berlaku begitu sahaja. Engkau telah merugikan kebiasaan .Engkau berseronok-seronok dengan anak isteri tidak ada tujuan apa-apa, masa engkau percuma sahaja. Sekalipun apa yang engkau buat, usaha, makan dan minum belum termasuk kawasan dosa tapi engkau telah mensia-siakan itu semua. Kalau engkau pasang niat dihubungkaitkan dengan Tuhan, bukankah ia jadi ibadah .Berapa banyak ibadah-ibadah tambahan yang engkau perolehi. Jika di dalam satu perkara itu memasang niat yang banyak, lebih-lebih lagi bertambah banyak pahala engkau. Hanya yang engkau pasang niat ibadah-ibadah asas. Selain itu engkau membuatnya bersahaja tanpa apa-apa matlamat. Kalau begitu apa matlamat hidup engkau sebenarnya? Mengapa matlamat hidup engkau, engkau bataskan. Sedangkan apa yang engkau buat terlibat dengan masa. Padahal sebahagian kecil amalan engkau yang mempunyai niat .Ertinya berapa banyak masa engkau yang terbuang begitu sahaja .Di sinilah nanti engkau akan menyesal tidak sudah-sudah di Akhirat kelak. Itu kalau masa yang terbuang itu tidak di dalam lingkungan dosa .Jika sudah termasuk kawasan dosa lebih-lebih lagilah engkau akan menyesal dan menderita .Kerana itulah apa sahaja yang hendak kita buat biar ada matlamat .Kerana kita datang ke dunia ini dengan tujuan beribadah kepada Allah Taala .Kalau begitu biarlah seluruh hidup kita menepati ibadah.Satu lagi, dalam bulan puasa ni nita juga sangat penting, klu tidak sia-sia saja kita berpuasa dalam sehari.So,jangan lupa pasang niat walau apapun yang hendak kita lakukan.
No comments:
Post a Comment