Thursday, January 22, 2009

tertunaikah janjiku?

Assalammualaikum dan selamat pagi.Sekarang ni masih pagi lagi ba…alhamdulillah aku sihat jerr hari ni.Syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi beri aku peluang untuk hidup dimuka bumi milikNYA.
Hari jumaat (16.jan.2009)yang lalu aku telah menghadiri satu majlis ilmu yang dianjurkan oleh Jakmas kolej kediaman aku iaitu kg E yang tercinta.Itu pun sebab kawan baik ajak aku pergi temankan dia.Jadi aku pergilah walaupun dalam kepala otak aku time tu sedang memikirkan assigment yang aku akan hantar pada hari rabu nanti.Serabut juga kepala aku memikirkan antara assigment dan janji aku kat kawan baik aku tu.Bukan apa,assigment aku tu takda lagi bahan2nya..he..sebab tu resah semacam jak.Tapi aku pergi juga kerana janji yang telah aku beri kat kawah aku tu.
Aku pergilah jugak..dengan berbaju T-Shirt lengan panjang berwarna hitam dan Trac-Shirt hitam serta bertudung merah.hmmm..aku melihat sekeliling aku..aku lihat mijoritinya memakai baju formal n ada jugaklah yang pakai macam aku.tak patut btol aku pakai macam ni..ada ustaz ba datang bagi ceramah.Tapi aku belasah jak..pegi jugak..hahaha.Demi mu...
Tajuk majlis ilmu itu ialah “tertunaikah janjiku?”hmmm....menarikkan tajuknya??macam tajuk novel gitu..atau pun macam tajuk drama..hehehe.Well,berkaitan dengan tajuk ini sebenarnya menerangkan tentang janji2 kita kepada Allah,Rasul Allah,Ibubapa kita,rakan-rakan,dan sesiapa sahaja yang telah beri janji.
Kata penceramah tersebut..janji terbahagi kepada 3 peringkat..iaitu peringkat pertama ialah janji kita Kepada Allah semasa kita masih dalam rahim lagi,peringkat yang kedua pula ialah janji kita kepada Rasulullah dan yang ketiga pula ialah janji kita kepada ibubapa kita.
Dalam perbincangan tersebut penceramah lebih banyak mengaitkan tajuk tersebut dengan ibubapa kita.Macam biasalah bila perkara ini dikaitkan dengan ibubapa kita,kita rasa seperti sangat besar tanggungjawab kita kepada ibubapa kita.Ye..memang besar tanggungjawab yang harus kita pikul sebagai anak,dan pelajar.Masih ingat lagi tak apa yang kita janjikan kepada ibubapa kita sebelum melangkah keluar untuk ke University??saya yakin mijoritinya anda akan berjanji kepada ibu bapa kita supaya belajar bersungguh-sungguh dan akan membela nasib mereka nanti..so,cuba tanya diri anda kembali...pada masa sekarang ni adakah semua janji itu anda benar-benar tunaikan??tanya balik diri anda..takut-takut plak kita tak tertunai janji itu..berdosa kita tak tunaikan janji tau..terutamanya kepada ibu bapa kita.
Sama-samalah bermuhasabah diri..

Wednesday, January 7, 2009

Hadis Rasulullah SAW untuk wanita..

disini saya ada hadis Rasulullah yang ingin saya kongsikan kepada kaum wanita yang dikasihi Allah SWT..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,maksudnya; “sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak,yang penyayang,yang memelihara kehormatanya,yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya,yang menghormati suaminya,menghiaskan dirinya untuk suaminya tercinta,memelihara diri daripada pandangan orang lain,yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya.Apabila bersama suaminya,dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain”.



sama-samalah kita renungkan Hadis Rasulullah SAW ini...moga Allah sentiasa memberkati kita bersama..

Pelestin??

Assalammualaikum dan salam perpaduan..



Apa khabar pmbaca sekalian.Dah lama saya tidak menulis dalam blog ini..rindu rasanya.Tahun baru muncul lagi,tahun 2009 adalah tahun yang bagi saya sangat mencabar diri saya sebagai pelajar yang masih lagi menuntut, melaksanakan tanggungjawab kepada ibubapa yang disayangi dengan sebaiknya,sebagai hamba Allah yang ingin berjuang menegakkan agama Allah dia atas muka bumi ini,dan tambahan pula sebagai saudara seislam yang ingin membantu meringankan penderitaan saudara-saudara seislam di Pelestin.

Tahun 2009,dimulakan dengan peperangan yang dilancarkan oleh israel terhadap rakyat pelestin yang kononya hendak memerangi kumpulan Hamas di Pelestin.Sakitnya mata dan hati melihat penderitaan yang dialami oleh penduduk pelestin khususnya penduduk Gaza.Ramai yang terkorban dalam serangan yang dilancarkan israel yang bermula pada 27 disember 2008 yang lalu,terutamanya kanak-kanak dan wanita.Tadi pagi saya membaca berita harian dan dalam berita itu melaporkan bahawa setakat ini 500 orang telah menjadi mangsa kekejaman tentera zionis.Sekolah-sekolah yang menjadi tempat perlindungan juga turut diserang kononya terdapat kumpulan Hamas yang turut berlindung di sekolah tersebut.

Sengketa yang dicetuskan antara kubu fatah dan hamas telah memberi penderitaan yang berpanjangan kepada rakyat pelestin terutamanya kanak-kanak dan wanita.Kita sebagai umat islam tidak harus duduk dan membisu tanpa apa-apa tindakan yang diambil,marilah kita sama-sama membantu saudara kita di bumi pelestin,sekurang-kurang kita berdoa kepada Allah S.W.T ataupun kita memboikot barang-barang keluaran israel dan Amerika dari memasuki pasaran negara kita.

Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan bahawa "satu riiyal yang kita kita gunakan untuk membeli barangan amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak kecil di Palestin."Inilah sekecil-kecil jihad yang wajib kita lakukan untuk membantu mereka yang ditindas oleh Israel.



Rasulullah SAW bersabda:



"tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis Riwayat al_Bukhari dan Muslim).



Rasulullah SAW juga telah menyuruh kita sebagai umatnya untuk sentiasa berada dalam keadaan membela saudara muslimnya dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud:



"tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatanya dicela melainkan Allah SWT akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan." (Hadis riwayat Imam Abu Daud)





Rasulullah juga telah memberi amaran kepada kita dalam hadis Baginda SAW yang bermaksud :



"Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka." (Hadis Riwayat al_Bukhari dan muslim)



Marilah kita sama-sama membantu saudara kita yang sedang ditindas oleh israel.Kita adalah saudara mereka,jadi adalah menjadi kewajipan kita untuk membantu mereka walauapun hanya doa yang kita mampu berikan untuk meringankan dan seterusnya membebaskan saudara-saudara seislam kita daripada terus menderita...ALLAHUAKBAR!!!

Thursday, January 1, 2009

7 golongan manusia yang dinaungi Allah S.W.T

7 golongan manusia yang dinaungi Allah S.W.T…
nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud “ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari kiamat”:
· Imam (pemimpin) yang adil.
· Pemuda yang tetap istiqarah beribadat kepada Allah.
· Seorang lelaki yang berzikir (mengingati Allah) pada waktu sunyi lalu mengalirkan air mata.
· Seorang lelaki yang hatinya tergantung didalam masjid.
· Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bersama dan berpisah pun kerana Allah.
· Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita ternama dan rupawan,supaya bersenang-senang denganya lalu lelaki tersebut berkata “aku takut kepada Allah”.
· Seorang lelaki yang bersedekah dengan cara tersembunyi hinggakan tidak diketahui oleh tangan kirinya apa yang dibuat tangan kanannya
.