Kenapa doa ditolak………??
Kawan-kawan semua,kadang-kadang kita tertanya “ kenapa, apa yang aku minta kat Allah tidak aku dapat”??kenapa??mati-mati kita berdoa tetapi sampai sekarang benda yang kita minta itu tidak lagi kita dapat.Malah kita terus kutuk Allah!!astaghfirullahal a`zim!!Jangan begitu kawan-kawan,pasti ada sesuatu yang kita belum sempurnakan atau kita tidak ikut perintah Allah..Jangan terus menyalahkan Pencipta kita..Jangan sekali-kali..
Kawan-kawan,mari kita cek mungkin ada perkara penting yang kita masih tidak kita amalkan…antaranya..
· Kita mengakui mengenal dan beriman kepada ALLAH tetapi tidak mematuhi perintah dan laranganNYA..
· Kita membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Quran..
· Kita mengakui mencintai Rasulullah s.a.w,tetapi meninggalkan sunnahnya..
· Kita mengaku syaitan sebagai musuh tetapi mengikuti dan melakukan amalan-amalanya..
· Kita mahu masuk syurga tetapi tidak melakukan amalan yang boleh membawa ke syurga..
· Kita mahu selamat daripada neraka tetapi melakukan amalan yang boleh membawa ke neraka..
· Kita percaya bahawa kematian itu pasti akan berlaku tetapi tidak menyediakan persiapan untuk menghadapinya..
· Kita mencari kelemahan dan kecacatan orang lain tetapi tidak mahu mencari kelemahan diri sendiri..
· Kita merasa nikmat pemberian ALLAH tetapi tidak mahu bersyukur kepada-NYA..
· Kita menguruskan dan mengkabumikan jenazah tetapi tidak mengambil iktibar daripada kematianya..
Jadi macamna??ada tak yang kita Belum lakukan lagi??kalau ada..cepat-cepatlah kita lakukan ye…supaya kita dapat apa yang kita minta dari Allah..
Wassalam….semoga kita semua diberkatiNYA…ameen..
No comments:
Post a Comment