Thursday, August 27, 2009

Peranan Niat

Peranan Niat Dalam Islam/menurut Islam

Antara peranan niat dalam islam:

1. Supaya segala kerja kita terhubung dengan Allah.
2. Agar membezakan di antara adat dengan ibadah.
3. Untuk mengesahkan ibadah.
4. Untuk amalan dan usaha mendapat pahala.
5. Boleh membanyakkan pahala di dalam satu-satu perkara.
6. Agar yang harus jadi ibadah.
7. Niat yang baik diberi pahala sekalipun belum sempat berbuat
8. Niat yang jahat apabila niat dibatalkan diberi pahala.
9. Niat lebih baik daripada amal.
10. Niat banyak perkara banyak pula pahalanya sekalipun belum berbuat.

"Sesungguhnya amalan seseorang itu bergantung pada niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pasang Niat Dalam Sebarang Kerja Kalau engkau keluar rumah tidak memasang apa-apa niat ,rugi sekali. Kalau engkau membuat sebarang kerja tidak ada niat apa-apa engkau membuang masa .Jika engkau membaca tidak ada apa-apa matlamat hanya sekadar ingin ilmu termasuk mensia-siakan umur engkau. Sekali-sekala engkau rehat-rehat tidak mempunyai niat terbuang sahaja masa engkau. Engkau makan, minum, berpakaian hanya berlaku begitu sahaja. Engkau telah merugikan kebiasaan .Engkau berseronok-seronok dengan anak isteri tidak ada tujuan apa-apa, masa engkau percuma sahaja. Sekalipun apa yang engkau buat, usaha, makan dan minum belum termasuk kawasan dosa tapi engkau telah mensia-siakan itu semua. Kalau engkau pasang niat dihubungkaitkan dengan Tuhan, bukankah ia jadi ibadah .Berapa banyak ibadah-ibadah tambahan yang engkau perolehi. Jika di dalam satu perkara itu memasang niat yang banyak, lebih-lebih lagi bertambah banyak pahala engkau. Hanya yang engkau pasang niat ibadah-ibadah asas. Selain itu engkau membuatnya bersahaja tanpa apa-apa matlamat. Kalau begitu apa matlamat hidup engkau sebenarnya? Mengapa matlamat hidup engkau, engkau bataskan. Sedangkan apa yang engkau buat terlibat dengan masa. Padahal sebahagian kecil amalan engkau yang mempunyai niat .Ertinya berapa banyak masa engkau yang terbuang begitu sahaja .Di sinilah nanti engkau akan menyesal tidak sudah-sudah di Akhirat kelak. Itu kalau masa yang terbuang itu tidak di dalam lingkungan dosa .Jika sudah termasuk kawasan dosa lebih-lebih lagilah engkau akan menyesal dan menderita .Kerana itulah apa sahaja yang hendak kita buat biar ada matlamat .Kerana kita datang ke dunia ini dengan tujuan beribadah kepada Allah Taala .Kalau begitu biarlah seluruh hidup kita menepati ibadah.Satu lagi, dalam bulan puasa ni nita juga sangat penting, klu tidak sia-sia saja kita berpuasa dalam sehari.So,jangan lupa pasang niat walau apapun yang hendak kita lakukan.

Monday, August 24, 2009

RAMADHAN


Assalammualaikum semua...
selamat berpuasa kat korang semua..moga bulan penuh berakah ini memberi kita seribu satu hikmah..insyallah..

Sabda Rasulullah s.a.w.
“ tiga doa yang Sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa,doa orang yang dizalimi,dan doa orang yang bermusafir”
(Riwayat Ahmad,Bukhari,Abu Daud & al-Tarmizi)
"SELAMAT BERPUASA"

Saturday, August 15, 2009

why Islam is named Islam?


Why Islam is named Islam???
Religions on Earth adapt their names from many sources. There are a lot, for instance, that their adapt their names from the people who founded or sourced the religion, or a certain tribe that were the first to embrace and propagate the religion. For the example, Christianity for instance was adapted from Jesus Christ, Buddha from Gautama Buddha and Jewish from the Jews.
This is different from Islam. The name was not taken from anyone`s name, or from the people who embraced it. Rather, the people who embrace Islam are called Muslims, from the word Islam. The name Islam brings about the meaning or the core principle of Islam itself. Islam means submission to the orders of the one and only god to remain loyal and obey what has been taught to us by the Prophet Muhammad and to leave out what is prohibited by Allah.

A few Tit-bits About Islam.
No pictures, no idols, no symbols, and then what do Muslims pray to?
Why so much movement in their prayers??

The Unseen Creator
Muslims pray to The Unseen Creator who created everything. His power to create is limitless. All the needs to say is ‘Kun Fayakuun’-“be”, and its comes into existence. Everything came from Him and will return to Him.
He does not have a son, and was not fathered by anyone. He has no partners, and is unlike anything that human mind can imagine. The Arabic word for God or The Unseen Creator is Allah. Some say that when we drink the water, we must remember the person who dug the well. The aims of a Muslim’s prayer are to remember and be grateful to Allah the Merciful, The Creator of the water and the person who dug the well.

Sample Exercise
Prayer in Islam is a sample activity that consists of a series of body postures and recitation of The Noble Quran. It is an environment-friendly prayer and does not require making offerings. Allah is self-sufficient and has no needs. Indeed, each movement in the prayers has a meaning.
For example, the takbir, or the act when the Muslims rise up their hands upward in line with their ears means submission to the one God, as one would say “Please, don’t harm me”, when they give up to someone. Many people who studied the prayers have embraced Islam just because of the pure logic and scientific claims it beholds. But that is another story.

*Non-Muslims who would like to obtain free material regarding Islam are totally welcome to contact us at iseums.gmail.com…………

Thursday, August 13, 2009

Duhai wanita...


Duhai wanita...

Wanita pon punyai kelebihan dari pandangan Islam..Wanita adalah sebagai penyeri dunia, juga sbg pelengkap hubungan manusia, malah Nabi Adam sendiri kesunyian tanpa Hawa…
Tapi akalnya hanya senipis bilahan rambut, so lelaki perlulah tebalkannya dengan limpahan ilmu. Hatinya juga umpama kaca yang rapuh, cara untuk kuatkannya ialah dengan menyemai iman yang teguh…
Wanita diciptakan dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindungi…Dekat jua di hati untuk dikasihi dan disayangi, berilah kasih sayang yang sebenar pada wanita.
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitu jualah peribadi wanita yang ingin dibentuk…lelaki adalah pembimbing wanita.
Wahai lelaki, didiklah wanita dengan keimanan bukannya dengan harta kekayaan ataupun pujian.Kelak akan derita kerana terlalu mengharap pada yang boleh membinasakan.
Sedarilah wahai wanita, kelembutanmu bukan kelemahan, juga bukan suatu penghinaan dari tuhan dan bukan penghalang untuk kamu membuat keputusan…Bahkan ianya sebagai HIASAN KECANTIKAN…ENGKAULAH HIASAN DUNIAWI…

4 perkara untuk sihat...

PETUA IMAM SYAFIE..
4 PERKARA UNTUK SIHAT

EMPAT PERKARA MENGUATKAN BADAN
· Makan daging
· Memakai haruman
· Kerap mandi
· Berpakaian dari kapas

EMPAT PERKARA MELEMAHKAN BADAN
· Banyak berkelamin (bersetubuh)
· Selalu cemas
· Banyak minum air ketika makan
· Banyak makan bahan yang masam

EMPAT PERKARA MENAJAMKAN MATA
· Duduk mengadap kiblat
· Bercelak sebelum tidur
· Memandang yang hijau
· Berpakaian bersih

EMPAT PERKARA MEROSAKKAN MATA
· Memandang najis
· Melihat orang dibunuh
· Melihat kemaluan
· Membelakangi kiblat

EMPAT PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN
· Tidak banyak berbual kosong
· Rajin bersugi (gosok gigi)
· Bercakap dengan orang soleh
· Bergaul dengan para ulama

Wednesday, August 12, 2009

kita dan makanan?

Assalamualaikum kawan-kawan semua...
Semoga anda semua dalam keadaan yang luar biasa dibawah rahmat Allah s.w.t.Disini saya ingin kongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari hasil pembacaan saya..
Tanpa kita sedari,dalam makanan yang kita makan sehari-hari sebenarnya kita tidak boleh main balun jerr...sebab kalau kita main balun jerr..penyakit seperti kencing manis,sakit jantung,keracunan makanan dan lain-lain akan terjadi masa kita dah tua nanti..saya tak mahu ada penyakit ini nanti ish2..takutnya..kawan-kawan nak?
Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini,tolonglah ajarkan kepada yang lain-lainya..ok?.inipun adalah diet Rasulullah SAW kita juga sebenarnya.Menurut Ustaz Abdullah Mahmood,Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakananya sehari-hari.Jadi,kawan-kawan semua tak perlulah nak susah-susah makan pil untuk kurus kalau berdiet sebab jika kita pandai jaga pemakanan kita sehari-hari insyallah kita terhindar dari pelbagai penyakit yang merbahaya dan sekaligus kita boleh berdiet dgn cara yang betul.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan Makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan Makan BUAH + SUSU (CTH:KOKTEL)
Jangan makan buah selepas makan nasi,sebaliknya makan buah terlebih dahulu kemudian barulah kita makan nasi.
Tidur 1 jam selapas makan tengahari.
Jangan sesekali tinggal makan malam.kerana jika ditinggalkan kita akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Nampak memanglah pelik..tapi kalau tak percaya ..kawan-kawan cubalah dulu.kalau tak sekarang atau dalam masa terdekat ni insyallah masa kita tua nanti akan ada kesanya.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,di khuatiri akan cepat mendapat penyakit

Ini juga terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam badan ikan pula mengandungi ion-,jika dalam sesuapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadila tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Jadi,kawan-kawan semua sama-samalah kita mengamalkan diet rasulullah SAW ni.kita tidak akan rugi jika diamalkan, malah kita juga yang akan mendapat faedah daripadanya.Insyallah…
Maka berhati-hatilah kita ketika makan,perhatikan betul2 apa yang kita makan sehari-hari..yang penting ianya halal dan baik untuk kesihatan kita.

Semoga kita di berkati-NYA..Ameen..wassalam...

Monday, August 10, 2009

pohon semalu dan wanita??


Pohon semalu Dan wanita?
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, saidatina Fatimah r.a.Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.Fatimah mengatankan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayanganya bahwasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.Fatimah terkejut.Rasulullah menyambung kata-katanya lagi,Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon ini dari empat aspek:
a) Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.Ini boleh di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya)
b) Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita muslim.
c) Semalu juga mempunyai akar yang tunjang yang sangat kuat dan mencengkam buni.Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.
d) Semalu akan kuncup apabila senja menjelang.Oleh itu,para wanita sekalian, kembalilah kerumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran daripada semalu walaupun ia hanya tumbuhan yang kecil.

so renung-renungkan...


wassalam...

Sunday, August 9, 2009

Doa Ditolak?

Kenapa doa ditolak………??
Kawan-kawan semua,kadang-kadang kita tertanya “ kenapa, apa yang aku minta kat Allah tidak aku dapat”??kenapa??mati-mati kita berdoa tetapi sampai sekarang benda yang kita minta itu tidak lagi kita dapat.Malah kita terus kutuk Allah!!astaghfirullahal a`zim!!Jangan begitu kawan-kawan,pasti ada sesuatu yang kita belum sempurnakan atau kita tidak ikut perintah Allah..Jangan terus menyalahkan Pencipta kita..Jangan sekali-kali..
Kawan-kawan,mari kita cek mungkin ada perkara penting yang kita masih tidak kita amalkan…antaranya..
· Kita mengakui mengenal dan beriman kepada ALLAH tetapi tidak mematuhi perintah dan laranganNYA..
· Kita membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Quran..
· Kita mengakui mencintai Rasulullah s.a.w,tetapi meninggalkan sunnahnya..
· Kita mengaku syaitan sebagai musuh tetapi mengikuti dan melakukan amalan-amalanya..
· Kita mahu masuk syurga tetapi tidak melakukan amalan yang boleh membawa ke syurga..
· Kita mahu selamat daripada neraka tetapi melakukan amalan yang boleh membawa ke neraka..
· Kita percaya bahawa kematian itu pasti akan berlaku tetapi tidak menyediakan persiapan untuk menghadapinya..
· Kita mencari kelemahan dan kecacatan orang lain tetapi tidak mahu mencari kelemahan diri sendiri..
· Kita merasa nikmat pemberian ALLAH tetapi tidak mahu bersyukur kepada-NYA..
· Kita menguruskan dan mengkabumikan jenazah tetapi tidak mengambil iktibar daripada kematianya..

Jadi macamna??ada tak yang kita Belum lakukan lagi??kalau ada..cepat-cepatlah kita lakukan ye…supaya kita dapat apa yang kita minta dari Allah..

Wassalam….semoga kita semua diberkatiNYA…ameen..