Thursday, August 13, 2009

Duhai wanita...


Duhai wanita...

Wanita pon punyai kelebihan dari pandangan Islam..Wanita adalah sebagai penyeri dunia, juga sbg pelengkap hubungan manusia, malah Nabi Adam sendiri kesunyian tanpa Hawa…
Tapi akalnya hanya senipis bilahan rambut, so lelaki perlulah tebalkannya dengan limpahan ilmu. Hatinya juga umpama kaca yang rapuh, cara untuk kuatkannya ialah dengan menyemai iman yang teguh…
Wanita diciptakan dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindungi…Dekat jua di hati untuk dikasihi dan disayangi, berilah kasih sayang yang sebenar pada wanita.
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitu jualah peribadi wanita yang ingin dibentuk…lelaki adalah pembimbing wanita.
Wahai lelaki, didiklah wanita dengan keimanan bukannya dengan harta kekayaan ataupun pujian.Kelak akan derita kerana terlalu mengharap pada yang boleh membinasakan.
Sedarilah wahai wanita, kelembutanmu bukan kelemahan, juga bukan suatu penghinaan dari tuhan dan bukan penghalang untuk kamu membuat keputusan…Bahkan ianya sebagai HIASAN KECANTIKAN…ENGKAULAH HIASAN DUNIAWI…

No comments: