Thursday, January 22, 2009

tertunaikah janjiku?

Assalammualaikum dan selamat pagi.Sekarang ni masih pagi lagi ba…alhamdulillah aku sihat jerr hari ni.Syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi beri aku peluang untuk hidup dimuka bumi milikNYA.
Hari jumaat (16.jan.2009)yang lalu aku telah menghadiri satu majlis ilmu yang dianjurkan oleh Jakmas kolej kediaman aku iaitu kg E yang tercinta.Itu pun sebab kawan baik ajak aku pergi temankan dia.Jadi aku pergilah walaupun dalam kepala otak aku time tu sedang memikirkan assigment yang aku akan hantar pada hari rabu nanti.Serabut juga kepala aku memikirkan antara assigment dan janji aku kat kawan baik aku tu.Bukan apa,assigment aku tu takda lagi bahan2nya..he..sebab tu resah semacam jak.Tapi aku pergi juga kerana janji yang telah aku beri kat kawah aku tu.
Aku pergilah jugak..dengan berbaju T-Shirt lengan panjang berwarna hitam dan Trac-Shirt hitam serta bertudung merah.hmmm..aku melihat sekeliling aku..aku lihat mijoritinya memakai baju formal n ada jugaklah yang pakai macam aku.tak patut btol aku pakai macam ni..ada ustaz ba datang bagi ceramah.Tapi aku belasah jak..pegi jugak..hahaha.Demi mu...
Tajuk majlis ilmu itu ialah “tertunaikah janjiku?”hmmm....menarikkan tajuknya??macam tajuk novel gitu..atau pun macam tajuk drama..hehehe.Well,berkaitan dengan tajuk ini sebenarnya menerangkan tentang janji2 kita kepada Allah,Rasul Allah,Ibubapa kita,rakan-rakan,dan sesiapa sahaja yang telah beri janji.
Kata penceramah tersebut..janji terbahagi kepada 3 peringkat..iaitu peringkat pertama ialah janji kita Kepada Allah semasa kita masih dalam rahim lagi,peringkat yang kedua pula ialah janji kita kepada Rasulullah dan yang ketiga pula ialah janji kita kepada ibubapa kita.
Dalam perbincangan tersebut penceramah lebih banyak mengaitkan tajuk tersebut dengan ibubapa kita.Macam biasalah bila perkara ini dikaitkan dengan ibubapa kita,kita rasa seperti sangat besar tanggungjawab kita kepada ibubapa kita.Ye..memang besar tanggungjawab yang harus kita pikul sebagai anak,dan pelajar.Masih ingat lagi tak apa yang kita janjikan kepada ibubapa kita sebelum melangkah keluar untuk ke University??saya yakin mijoritinya anda akan berjanji kepada ibu bapa kita supaya belajar bersungguh-sungguh dan akan membela nasib mereka nanti..so,cuba tanya diri anda kembali...pada masa sekarang ni adakah semua janji itu anda benar-benar tunaikan??tanya balik diri anda..takut-takut plak kita tak tertunai janji itu..berdosa kita tak tunaikan janji tau..terutamanya kepada ibu bapa kita.
Sama-samalah bermuhasabah diri..

No comments: