Assalammualaikum dan salam perpaduan..
Apa khabar pmbaca sekalian.Dah lama saya tidak menulis dalam blog ini..rindu rasanya.Tahun baru muncul lagi,tahun 2009 adalah tahun yang bagi saya sangat mencabar diri saya sebagai pelajar yang masih lagi menuntut, melaksanakan tanggungjawab kepada ibubapa yang disayangi dengan sebaiknya,sebagai hamba Allah yang ingin berjuang menegakkan agama Allah dia atas muka bumi ini,dan tambahan pula sebagai saudara seislam yang ingin membantu meringankan penderitaan saudara-saudara seislam di Pelestin.
Tahun 2009,dimulakan dengan peperangan yang dilancarkan oleh israel terhadap rakyat pelestin yang kononya hendak memerangi kumpulan Hamas di Pelestin.Sakitnya mata dan hati melihat penderitaan yang dialami oleh penduduk pelestin khususnya penduduk Gaza.Ramai yang terkorban dalam serangan yang dilancarkan israel yang bermula pada 27 disember 2008 yang lalu,terutamanya kanak-kanak dan wanita.Tadi pagi saya membaca berita harian dan dalam berita itu melaporkan bahawa setakat ini 500 orang telah menjadi mangsa kekejaman tentera zionis.Sekolah-sekolah yang menjadi tempat perlindungan juga turut diserang kononya terdapat kumpulan Hamas yang turut berlindung di sekolah tersebut.
Sengketa yang dicetuskan antara kubu fatah dan hamas telah memberi penderitaan yang berpanjangan kepada rakyat pelestin terutamanya kanak-kanak dan wanita.Kita sebagai umat islam tidak harus duduk dan membisu tanpa apa-apa tindakan yang diambil,marilah kita sama-sama membantu saudara kita di bumi pelestin,sekurang-kurang kita berdoa kepada Allah S.W.T ataupun kita memboikot barang-barang keluaran israel dan Amerika dari memasuki pasaran negara kita.
Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan bahawa "satu riiyal yang kita kita gunakan untuk membeli barangan amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak kecil di Palestin."Inilah sekecil-kecil jihad yang wajib kita lakukan untuk membantu mereka yang ditindas oleh Israel.
Rasulullah SAW bersabda:
"tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis Riwayat al_Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW juga telah menyuruh kita sebagai umatnya untuk sentiasa berada dalam keadaan membela saudara muslimnya dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud:
"tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatanya dicela melainkan Allah SWT akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan." (Hadis riwayat Imam Abu Daud)
Rasulullah juga telah memberi amaran kepada kita dalam hadis Baginda SAW yang bermaksud :
"Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka." (Hadis Riwayat al_Bukhari dan muslim)
Marilah kita sama-sama membantu saudara kita yang sedang ditindas oleh israel.Kita adalah saudara mereka,jadi adalah menjadi kewajipan kita untuk membantu mereka walauapun hanya doa yang kita mampu berikan untuk meringankan dan seterusnya membebaskan saudara-saudara seislam kita daripada terus menderita...ALLAHUAKBAR!!!

No comments:
Post a Comment