Saturday, February 7, 2009

untukmu....

Untukmu…

Berdoalah dengan doa ini mudah-mudahan Allah memberi yang terbaik untukmu wahai sahabatku..(para isteri dan bakal isteri)…

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang”

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifar keredhaan..

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuh segala cabaranMu..
Kau berikanlah aku sifat casi sesama insan.

Ya Allah sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash…
Kau Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya…
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kau kurniakanlah aku sifat Kasih dan redha atas segala perbuatanya..
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu..
Kau limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu..
Kau peliharalah tingkah laku serta kata-kata dari menyakiti perasaanya..
Sekiranya suamiku ini adalah jodoh yang dirahmati olehMu..
Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya

Tetapi,Ya Allah skiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang…
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku ini tergoda dengan keindahan duniaMu..
Kau Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kau Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya..
Sekiranya suamiku ini menyintai kesesatan..
Kau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena..

Ya Allah,Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku..
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai..
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri…
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan di akhiratMu..
Sekiranya aku engkar dan derhaka…
Kau berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu.

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa Rahmatmu

Ya Allah kuatkan hati dan semangatku..
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu..
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami.
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu..
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.
Hanya padaMu Ya Allah aku pohon segala harapan.

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan yang lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana aku kurang kesabaranku untuk menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu…

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,isteri yang solehah dan isteri yang sentiasa dihati suami..
Jadikanlah Daku Srikandi..
Penyejuk di mata
Penawar di hati
Di Dunia Dakulah Penyeri
Di Syurga menanti Daku Bidadari…
Amin..........Ya Rabbal Allamin............

No comments: