Friday, February 13, 2009

Sejarah Valentine???

Sejarah 1

Pada tanggal 14 Februari 270 M,Ratu Valentine dibunuh kerana tentanganya(pertelingkahanny) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268-270M).Untuk mengangungkan dia (Ratu Valentine) yang dianggap sebagai symbol ketabahan,keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup,maka para pengikutnya memperingati kematian Ratu valentine sebagai “upacara keagamaan”.Tetapi sejak abad 16M, “upacara keagamaan” tersebut mulai beransur-ansur hilang dan dijadikan hari berkasih sayang.

Sejarah 2.
Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) didalam kaset “MURTAD”

“Valentine adalah nama seorang paderi.Namanya Pedro satu.Valentino.14 Februari 1492 adalah kejatuhan kerajaan islam Sepanyol.Paderi ini mengumumkan atau mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari “kasih sayang” kerana padanya islam adalah ZALIM!!!Tumbangnya kerajaan islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.Semoga anda semua ambik pengajaran!!!Jadi mengapa kita ingin menyambut hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan islam kita di Sepanyol.”

Renung-renungkanlah bersama…

cinta teratas

“ Ku persembahkan jiwa ini ke hadrat Allah dan Dia pula yang menyelamatkanya.Inilah perjanjian antara Allah dan seorang hamba-NYA, yang kucatat disini dengan guruku sebagai saksi.Apa pun tak bisa mempengaruhinya,kecuali nurani.Siapa pun tak bisa,menebusnya kecuali Tuhan.Hanya mereka yang memenuhi janjinya kepada Allah,berhak menerima imbalanya” –( As-Syahid Hassan Al-Banna)

Saturday, February 7, 2009

untukmu....

Untukmu…

Berdoalah dengan doa ini mudah-mudahan Allah memberi yang terbaik untukmu wahai sahabatku..(para isteri dan bakal isteri)…

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang”

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifar keredhaan..

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuh segala cabaranMu..
Kau berikanlah aku sifat casi sesama insan.

Ya Allah sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash…
Kau Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya…
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kau kurniakanlah aku sifat Kasih dan redha atas segala perbuatanya..
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu..
Kau limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu..
Kau peliharalah tingkah laku serta kata-kata dari menyakiti perasaanya..
Sekiranya suamiku ini adalah jodoh yang dirahmati olehMu..
Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya

Tetapi,Ya Allah skiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang…
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku ini tergoda dengan keindahan duniaMu..
Kau Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kau Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya..
Sekiranya suamiku ini menyintai kesesatan..
Kau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena..

Ya Allah,Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku..
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai..
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri…
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan di akhiratMu..
Sekiranya aku engkar dan derhaka…
Kau berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu.

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa Rahmatmu

Ya Allah kuatkan hati dan semangatku..
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu..
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami.
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu..
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.
Hanya padaMu Ya Allah aku pohon segala harapan.

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan yang lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana aku kurang kesabaranku untuk menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu…

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,Isteri yang dikasihi,isteri yang solehah dan isteri yang sentiasa dihati suami..
Jadikanlah Daku Srikandi..
Penyejuk di mata
Penawar di hati
Di Dunia Dakulah Penyeri
Di Syurga menanti Daku Bidadari…
Amin..........Ya Rabbal Allamin............

Thursday, February 5, 2009

Romantiknya rumahtangga Rasulullah s.a.w....


Romantiknya rumahtangga Rasulullah s.a.w

Inilah yang dapat dikongsi mengenai rumahtangga Rasul kita yang tercinta Nabi Muhammad S.A.W..ambiklah ini sebagai panduan jika mahukan kebahagiaan kita bagi suami atau bakal suami nanti.


1. Rasulullah telah memberi cincin kepada setiap isteri-isteri baginda.Kerana setiap kali baginda berkumpul dengan isteri-isteri baginda,isteri-isteri baginda akan bertanya siapa yang baginda paling sayangi,oleh itu baginda memberi cincin kepada isteri-isteri baginda.Dan apabila berkumpul,mereka bertanya kepada baginda siapa yang paling disayangi?
Dan baginda akan menjawab,siapa yang mendapat cincin yang paling di sayangi…dan isteri-isteri baginda yang memiliki cincin tersebut akan merasa disayangi.Jadi tiada salah faham atau cemburu antara mereka.
2. Baginda berpegang tangan dengan isterinya.Baginda telah bersabda: “apabila pasangan suami isteri berpegang tangan,dosa-dosa akan keluar dari celah-celah tangan jari mereka”..Oleh itu para suami sentiasalah pegang tangan isteri..(tapi bukan girlfriend ye..HARAM..)
Baginda memotong kuku tangan isteri baginda sendiri.Zaman sekarang ni susah nak cari, isteri potong kuku suami je adalah..cubala plak suami yang potong kuku isteri..untuk lebih eratkan kasih sayang..
3. Baginda mandi junub bersama isteri untuk eratkan kasih sayang baginda dengan isterinya…
4. Baginda mengajak isteri baginda pergi bermusafir..
5.Baginda saling tolong menolong dalam membuat pekerjaan rumah..kan bagus ramai lelaki begini..


mencontohi amalan Rasul kita ni….Insyaallah rumahtangga akan lebih bahagia...sama-samalah kita ambik pedoman..