Siapa Kita Sebenarnya…
Kita sebenarnya...lebih gembira menyambut 31 ogos daripada 1 Ramadhan.
Kita sebenarnya...lebih tahu apa itu 14 februari drpd 12 Rabiulawal
Kita sebenarnya...lebih membesarkan hari sabtu dan ahad drpd Jumaat.
Kita sebenarnya...lebih kusyuk mendengar lagu hindustan drpd mendengar azan.
Kita sebenarnya...lebih suka lepak,tidur,tengok tv,main snooker..dll.drpd sembahyang dan mengaji.
Kita sebenarnya…lebih tahu ttg artis pujaan kita drpd nama nabi-nabi kita.
Kita sebenarnya…lebih suka menyebut hello dan hai drpd Assalamualaikum.
Kita sebenarnya…lebih suka menyanyi dangdut,rap,hip-hop..dll drpd berwirid dan bertahmid.
Kita sebenarnya…lebih suka memuja manusia drpd memuja Tuhan Kita sendiri.
Kita sebenarnya…lebih suka membaca majalah hiburan drpd buku-buku agama.
Kita sebenarnya…lebih suka ke konsert,karaoke drpd ceramah agama.
Kita sebenarnya…lebih suka memaki,mengumpat drpd memuji mereka.
Kita sebenarnya…lebih suka mencarut %#@$(*& drpd menyebut MASYALLAH..
Kita sebenarnya…lebih suka kemungkaran drpd kebaikan.
Kita sebenarnya…lebih bangga dengan kejahilan kita drpd bersyukur dgn keimanan kita.
Kita sebenarnya…lebih cintakan urusan dunia drpd urusan akhirat..
TETAPI….bila orang tanya arah tujuan kita,pasti kita akan jawab bahawa….
KITA SEBENARNYA….lebih suka menuju ke SYURGA drpd NERAKA..
Layakkah kita dengan Syurga milik ALLAH????
Tepuk Dada..tanyalah iman masing-masing ya…hmm..
Semoga Allah Sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita kat Dunia yang sementara ni…Insayaallah..
No comments:
Post a Comment