Thursday, August 14, 2008

Ain n Hakimi??

Assalamualaikum dan selamat pagi kat korang semua...14 august 2008. today is Wednesday..

hmm..agak lama jugak aku tak buka blog aku ni..
Alhamdulillah aku shat hari ini.Cuma kadang-kadang tu apa yang aku rasa sejak dulu masih lagi aku rasa walaupun aku dah jarang merasakan kesakitan tu.Tapi hari ini aku rasa balik pula.Mungkin aku banyak minum nescafe agaknya.huhuhu..padan muka kat aku sendiri.
So,hari ini aku dengarla radio HOTFM..ni kebetulan tajuk yang dia bincang hari ini memang berkaitan dengan apa yang aku lalui.Cinta?huh..ye pasal tu..Cuma citerr dia ni ada aksi berani mati skitla.hahaha..kisah cinta yang kecundang ditengah jalan.hmmm..
Pelakon utama dlm citerr dia ni..ialah ain dan hakimi.Hakimi ini terpaksa tinggalkan ain sebab dia akan berkahwin dengan perempuan lain.Patutkah dia kahwin dengan perempuan lain setelah dia janji macm2 ngan si ain ni?...lepastu pengakuan si hakimi ni pula dirakam secara live kat radio..wow..pengakuan berani mati betul.dan si ain ni pula kata..dia tak akan cari lelaki lain..n maksudnya si hakimi tu adalah lelaki terakhir dlm hidup dia..Tak patut dia kata begitu.
Aku tak boleh nak bagi nasihat kat si ain ni..kat radio.But for me,sebagai org yang dah pernah alami keadaan seperti ini.Aku ada beberapa pendapat yang aku nak tulis dlm ruangan ini.Untuk ain,dia kena tabah dalam mengharungi hidupnya tanpa si hakimi.Dunia takkan berakhir tanpa si hakimi dan dia bukanya lelaki terakhir kat muka bumi ini.Ramai lagi lelaki yang lebih baik dari hakimi.Ramai lagi lelaki yang boleh dipilih walaupun perempuan lebih ramai dari lelaki.Lagi satu,bagi aku ain kena berfikir bahawa ini merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga dalam hidup,supaya dimasa akan datang ain akan jadi seorang yang lebih matang dan akan lebih pandai menilai lelaki utk dijadikan teman hidupnya.Ain seharusnya berterima kasih kat si Hakimi tu sbb bagi dia peluang utk lalui semua ini..dan hargai pengalaman ini.Pengalaman yang sangat berharga bagi aku.Mana lagi kita nak dapat pengalaman ini kalau bukan dari lelaki yang sakitkan hati kita?betul tak??tiada siapa lagi yang boleh beri kita pengalaman mcm ni..so,hargailah banyak.
Ain juga kena fikir bahawa mungkin Allah sedang menguji dirinya supaya Ain lebih tabah dalam hidup nanti.Allah tidak akan menguji Hambanya diluar kemampuan hambanya.Jadi maksudnya ain boleh lalui semua ini dan jangan berfikir bahawa dunia ini sudah berakhir tanpa si Hakimi tu.Lelaki baik hanya utk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat hanya untuk perempuan jahat.Sifir kehidupan kat dunia ni sangat mudah,baik dibalas baik dan jahat dibalas dengan jahat.Samalah dengan hukuman yang diberi oleh Allah..buat baik dapat pahala dan masuk syurga.Buat jahat dapat dosa dan masuk neraka.Jadi ain tak perlu bersedih dengan apa yang berlaku,Allah maha Adil.Pasti ada seseorang kat luar sana yang lebih baik dr hakimi itu untuk Ain.Dunia ni bulat Si Hakimi takkan kemana pun,lelaki tu tetap kat muka bumi ni.Kalau Ain dapat si Hakimi tu pun belum tentu lagi boleh bahagia dan si Hakimi tu plak..belum tentu lagi akan bahagia kalau dia pilih perempuan tu.Cubalah berfikir secara positif dan anggap semua ini sebagai cabaran dan dugaan dalam hidup.Kalau takda perkara macam ni..taklerr best hidup kat dunia ni.
Dan untuk lelaki yang bernama Hakimi..bertaubatlah..mintalah kat Allah keampunan.Lakukan solat sunat taubat banyak2.Allah maha Pengampun.Pasti ada keampunan bagi Hakimi.Dan ingatla juga Allah Maha Adil,jika bukan sekarang hakimi rasai apa yang ain rasa..Insyallah masa akan datang pasti hakimi akan rasa perasaan itu.Bukan aku kata si hakimi ni mesti dapat balasan dengan apa yag dia buat,tapi hakikatnya itulah sifir kehidupan kat dunia ni.Very easy..Allah ada..
Sakitkan hati orang yang sayang kat kita adalah perkara yang luar biasa bagi saya.Apa sebenarnya yang difikirkan hakimi ketika dia memilih orang lain sedangkan pada masa yang sama dia menabur janji dengan ain??entahla..apa punya hati...aku takda jawapan utk itu.Bukan aku yang buat..hahaha.Walaupaapun aku tidak boleh salahkan Hakimi 100%,sebab mungkin ain tidak sempurna bagi Hakimi..ain pula kena terima hakikat bahwa kita tidak sempurna.Memang manusia tidak sempurna.Hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna.Mungkin ada sesuatu yang Hakimi tidak suka tentang Ain.Siapa tahu??Mungkin juga Hakimi terpaksa memilih perempuan itu kerana desakan keluarga ataupu atas faktor yang tertentu.Hmmm..susah nak jawab soalan ini sebab hnaya Hakimi yang tahu apa yang berlaku sebenarnya...kita tak tahu.Tapi sebenarnya memang tak patut Hakimi lakukan perkara seperti ini,sebab bila ia berlaku juga melibatkan hati orang lain.Susah kalau melibatkan hati orang lain.Itu kita kena fikir sebelum buat.Orang kata rambut sama hitam tapi hati lain2...berwaspada jika sakitkan hati orang lain...
Kita tak tahu apa yang Ain akan lakukan bila dah sakit hati.Tapi aku harap dia akan berfikir secara rasional bila mahu lakukan perkara yang tak sepatutnya kat Hakimi.Itu lumrah dunia,bila hati sudah disakiti.Ingatlah Allah banyak2..lakukan solat sunat banyak2..tenagkan hati..Insyallah esok hari masih ada lagi..

Ruby khairol...

1 comment:

puteri said...
This comment has been removed by the author.