Saturday, December 25, 2010

Surat daripada seorang LELAKI kepada FUTURE WIFE reply Surat daripada seorang wanita kepada FUTURE HUSBAND..


Salam Kehadapan Bakal IsteriKu (Aku pun berharap hanya engkau shj).

Blh saya panggil isteriku sayang..


Isteriku boleh panggil sayang, I menaip surat ini bukan sebab mahu beritahu terima aku seadanya.. I faham kenapa sayang menghantar surat bertajuk [Surat daripada seorang wanita kepada FUTURE HUSBAND(xada main 's' kat blakang..hehee)]

Sayang, I berharap I dapat menyiapkan diri sepenuhnya dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu dengan sayang dan keluarga sayang. Dan ingi bertanggungjawab sepenuhnya dan bersedia menjadi pemimpin keluarga yang akan menanggung dosa-dosa isteri dan anak-anak.

Kalau kita berjumpa nanti jangan segan silu ajak saya ke masjid ingatkan saya untuk solat ya.Jangan lupa ingatkan saya solat sunat sekali kerana itu salah satu sunnah Rasullullah yang kita harus ikut.Sayangku kalau saya lupa untuk solat ingatkan saya ya,kalau terbangun subuh cepat kejutkan dgn sms atau misscall.. Kalau tgk rakan-rakan punya pakwe bangun lewat rply sms ucap selamat pagi pada subuh gajah bg ingat I ya sayang kalau tidak pukul I ya tp jgn samapi lebam2 yang mahu mampus..

Kalau sayang boleh menunaikan solat (I faham masalah wanita jgn maraha ya) tapi jangan menipu yang sayang tidak boleh solat jika sayang boleh menunaikan solat I pun belajar sains juga dan I ada IBU so I amat memahaminya. Jadi kalau dapat solat hendaknya sayang jadi makmum ya sayang jangan lupa solat sama-sama ya. I berharap kita saling ingat meningati antara satu dengan lain. Kalau masa depan kita ada anak jangan marah kalau I pukul anak kita yang berumur tujuh tahun keatas kerana tidak solat..

Sayang I harap sayang boleh masak sedap skit pun tidak apa sayang kalau tidak sedap boleh lah belajar drpd buku atau rancangan T.V tak apa kerana I sedia menjadi tukang rasa makan. Yang penting jangan letak racun simpanan I bukan banyak pun coz I ada guna sedikit semasa menguruskan perkahwinan kita. Kalau I penat sangat maafkan I tdk menolong sayang memasak, kalau sayang pun penat bisik dekat telinga I untuk tolong masak bersama kalau tidak makanan segera tu kena buka bersama-sama..sayang I sediakan periuk nasi yang baik walaupn x secanggih mana,kalau gas habis ingatkan biar lah ada stok 2 tong gas dirumah.. Ingat I akan ready beli makanan segera untuk kecemasan sahaja tapi sayang tahukan makanan segera tu tidak sihat sangat tapi ingatlah sebelum I dapat kahwin dgn sayang I simpan duit hari2 makan makanan segera harap sayang faham kenapa I nak sayang masak makanan..

Sayang I amat berharap I tidak lupa akan tarikh penting dalam hidup kita macam hari jadi atau anniversary harap sayang pun tidak lupa ya. Jangan jual mahal kalau kita celebrate,kalau I x ajak dinner ke hotel jangan marah coz I nak buat kenduri biarlah kita buat kenduri doa selamat dansedekah pada hari anniversary kita.

Kalau anak tu biarlah kita berusaha dan mengharapkan kurniaan ALLAH kpd kita ya sayang.. Tdak perlu seramai pasukan bola sepak tapi I bersedia kalau sayang on sj.. I akan berusaha mencari nafkah untuk anak2 kita.I bersiap sedia menolong kemas rumah dan tukar lampin dan sebagainya. Kalau ada kelebihan sayang simpan duit sayang untuk kegunaan kecemasan I tdk kisah kalau setiap kali gaji duit I tinggal bbrp puluh ringgit yang penting sayang kena bagi I bekal makanan itu yang penting dan siapkan I sarapan pagi..

Kalau I nak ke kerja jangan lupa salam I ya sayang, I akan bagi kucupan di dahi sayang.. jangan cakap malu depan anak-anak kerana I sayang SAYANG ,jangan mengelak pula.. Biarlah anak-anak tahu kita romantik biarlah kita menjadi contoh kpd.. Kalau hari2 pun tak apa sayang yang penting I tidak mahu sayang cakap bosan dengan I kerana sayang I nak dan berharap setiap hari adalah hari pertemuan dan hari-hari percintaan kita.

Klau syg mau senang kita upah org gaji pun ok tp bkan selalu bibik tu kena kerja coz rumah kita, kita kena kemas sayang biarlah kita kemas bersama.. Jarang-jarang kemas bersama-sama ok jugakan.

Sayang harap sayang pun tidak malu kalau kta jalan-jalan, I pegang tangan sayang tau biar depan anak atau ibu bapa kita sayang.. Kalau I jalan terlalu cepat baling batu kat I tau coz I takut I pula lupa akan kata-kata I nie.. Kalau sayang mau I lekat sj tangan I kat pinggan sayang.. Klau I tengah ambil tempahan kat pelayan Restaurant I ada senyum lebih kat pelayan perempuan tarik telinga I ya..

Tengah2 jalan ada awek cun dpn mata I pusingkan I menghadap sayang ya spya I boleh ingat kata-kata I nie terhadap sayang..I pun harap sama juga dengan sayang jangan senyum lebih-lebih kat orang lain ya.. sayang I pun ada perasaan pandai cemburu..

Kalau I pergi outstation nanti tolong jaga diri untuk I ya sayang,, I tdk tahan untuk jauh2 kalau sayang tidak bekerja dan kita belum ada anak-anak lagi I akan bawa sayang bersama-sama I outstation I guna duit I sayang dont wory I x akan guna duit syarikat atau kerajaan tapi kalau sayang tidak mau ikut bawalah adik sayang n adik ipar I untuk temankan sayang dan anak-anak klau tidak pun bawa lah mak abah ya sayang ikut tinggal bersama kalau ada kelebihan I bawakan buah tangan untuk dorang..Untuk sayang tetap ada iaitu "I" hihihihi rindukan...Kalau I balik lambat I akan bagitahu sayang kenapa dan kemana I pergi supaya sayang tidak risaukan I

Sayang kalau sayang betul-betul sanggup tunggu I.. I akan cuba buat yang terbaik untuk simpan duit untuk masa depan kita sayang.. I akan berjimat cermat sayang untuk hari muka..Harap sayang jangan marah kalau I belikan anak-anak mainan sikit plak kerana I nak anak-anak I terdidik dgn mainan yang sikit shj biar lah dorg mengenali ILMU lebih sikit.. Kalau ada masa kita bermain bersama dgn dorg ya

Sayang maafkan I jika kita nanti tidak kaya raya..tapi kalau kita menjalani hidup yang sederhana harap sayang boleh terima dan I akan berusaha untuk memberi yang terbaik buat Isteri I dan anak-anak I..I juga berharap kita biarlah makan yang mencukupi dan berkhasiat itu yang I inginkan..

I berharap semoga I dimurahkan rezeki selagi I mampu I berusaha agar kita dapat menunaikan HAJI bersama-sama... Jika berkelebihan diusia muda I nak bawa anak-anak mengerjakan umrah.. I berharap sangat akan perkara ini..

Sayangku andai kata I meninggal dunia lebih awal, jangan menolak takdirmu sekiranya sayang dikurniakan insan yang lebih baik daripada I, yang boleh menjaga sayang dan anak-anak I walaupun tidak mahu I redha cuma terpulang kepada sayang.. Jika sayang yang akan pergi dahulu I tidak akan mencari yang lain kerana I takut I akan mengingati sayang setiap saat kita bersama dan akan membandingkan dengan sayang kerana sayang adalah sayang.. cukuplah sayang yang I ada, I terima andai sayang pergi dahulu kerana sayang disayangi oleh Ilahi.. dan I betul-betul tidak sanggup melihat sayang melihat I pergi dahulu.. I berdoa selalu biarlah sayang dan I bersama sehingga hidup yang hakiki..

Ingat sayang kalau kita berdoa Insyallah sayang adalah sayang I.. Berdoa dan beusaha selalu, merancang untuk masa hadapan kita dan ALLAH S.W.T akan menentukan kehidupan kita..

Daripada Bakal Suami Mu......


Renungi surat ini..jadikan panduan dan pengajaran untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan di redhai Allah...


Tuesday, December 14, 2010

Dilema seorang aku

Assalammualaikum semua..

Apa khabar? lama tak menulis dalam blog saya ini..rindu rasanya.Sejak kebelakangan ini saya sangat sibuk dengan hal dunia yang belum tentu memberi kebahgiaan yang sebenar untuk diri saya dan insan-insan yang ada di sekeliling saya..keluarga,saudara mara dan kawan-kawan...astaghfirullah..hampir hilang tumpuan dengan dunia akhirat yang kekal abadi.Moga allah sentiasa memberi saya peringatan agar tidak lupa dengan dunia yang bakal kita tempuhi..dunia akhirat yang kekal abadi...insyallah.

Pada masa ini..saya bekerja dan saya jugak terdedah dengan hal dunia yang tidak pernah saya hadapi sebelum ini..dengan pelbagai karenah rakan2 sekerja, saya sangat tercabar dengan keadaan yang ada sekarang..saya jugak sedih dengan apa yang saya dapat tahu tentang umat islam yang kununya beragama islam namun..gaya hidupnya..sangat2 berbeza dengan apa yang sepatutnya dalam kehidupan sebagai umat islam. Mempunyai nama yang melambangkan Islam, namun meneguk arak dikhlayak ramai, ke bar, disco, pergaulan bebas lelaki perampuan...sungguh berbeza sekali...dan Sungguh saya tidak menyangka rupanya ada manusia sebegini, saya ingatkan semua ini hanya ada dalam drama atau dalam novel buku. Rupanya memang perkara ini berlaku dalam zaman sekarang...lupakah mereka akan janji Allah..?? lupakah mereka siapa yang memberi mereka kehidupan didunia yang sementara ini..??lupakah mereka akan seksa api neraka yang maha dahsyat itu..??lupakah mereka suatau hari nanti kita semua akan hidup di dunia akhirat yang kekal abadi..??Ya Allah..sedarkanlah mereka..berilah petunjuk dan hidayahMu kepada mereka...

Sakit hati melihat karenah kawan kawan yang selalu ada disisi..hendak dinasihati..di bantah dengan hujah hujah mengikut nafsu mereka...hendak di halang..nanti dikatanya kita jaga tepi kain orang..Sungguh mencabar sekali..apa yang perlu saya lakukan..??kesian mereka..
apa yang dapat saya lakukan adalah berdoa kepada Allah Moga mereka sedar apa yang mereka lakukan sebenarnya hanya menzalimi diri mereka sendiri...Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka...