Tuesday, April 5, 2011

Anak-anak kita.

Assalammualaikum semua..

salam perpaduan dan salam kasih sayang untuk pembaca sekalian..
alhamdulillah..kita betemu lagi dalam ruangan ini...saya mohon maaf dari anda sekalian jika saya jarang menulis dalam blog ini..saya sibuk dengan kerja dan hal keluarga yang tercinta..maaf ya..
rindu rasanya saya sudah lama tidak mencatat apa-apa dalam blog ini..

Hari ini...terdetik dalam hati saya untuk menulis sesuatu dalam blog ini..kali ini bukanlah berkaitan dengan wanita..berkaitan jugak tapi pada kali ini saya ingin menulis tentang anak-anak kita..anak bangsa kita..siapa mereka pada hari ini..??apa fahaman yang mereka pegang pada hari ini..??dan apa tanggungjawab kita dalam mendidik anak-anak kita untuk menjadi pelapis bangsa dan negara kita pada masa hadapan...

Disini saya ingin menceritakan dua keadaan yang berbeza dalam hidup anak-anak kita..terutamanya yang berumur9 tahun hingga 14 tahun...begini ceritanya..pada suatu hari saya ke surau untuk menunaikan kewajipan saya sebagai hamba Allah..pada waktu itu saya ingin menunaikan solat Maghrib..saya bersendirian di ruang solat muslimah..namun ruang solat untuk muslimat jugak ada disebelah..dekat sahaja cuma dinding yang menjadi penghadang antara dua ruang tersebut..jadi,dalam beberapa minit menanti waktu solat magrib..saya terdengar beberapa orang muslimat memasuki surau..kedengaran suara seorang ayah dan suara seorang budak lelaki..mungkin anaknya..dalam anggaran saya mungkin budak tersebut dalam umur 10-12 tahun...petah berbicara dengan ayahnya bertanyakan tentang hal2 agama..bila masuk waktu solat..anak tersebut cepat2 melaungkan azan dengan penuh tertib setelah mengambil air wuduk..walaupun kedengaran azan yang dilaungkanya tidaklah semerdu azan yang kita dengar di radio setiap hari..namun, saya sangat tersentuh dengan sikapnya yang tidak perlu di suruh ayahnya untuk melaungkan kalimah Allah mengajak untuk solat..suaranya penuh semangat melaungkan azan..hingga tersentuh hati kecil saya pada saat itu..sungguh indah sekali hidup jika kita punya anak seperti itu...terdidik dengan agama..peka dengan Kewajipanya sebagai seorang muslim....Allahuakbar..

Kita lihat pula situasi yang kedua...saya berkerja sebagai Chef di sebuah hotel memerlukan saya untuk bertemu dan berkomunikasi dengan beberapa tetamu yang datang menikmati hidangan yang saya sediakan..suatu hari terdapat sebuah keluarga datang makan..keluarga seorang muslim..jarang saya melihat mereka datang..mungkin pertama kali..keluarga tersebut datang,mereka terdiri daripada mak,kakak,adik perempuan seramai 3 orang..dan jugak seorang anak lelaki mungkin paling bongsu dalam keluarga mereka...apa yang menarik perhatian saya adalah..dalam keluarga tersebut..cuma kakak sahaja yang memakai tudung..namun pakaiannya..sendiri mau fahamlah..adik perempuanya yang berumur dalam lngkungan 9-11 tahun memakai pakaian seolah-olah seperti seorang wanita dewasa..dengan terdedah sdikit bahagian bahunya..seluar jeans..kasut bertumit tinggi...rambutnya paras bahu..di biarkan sahaja..sambil membawa telefon bimbit..mungkin miliknya..mungkin jugak milik ibunya...kununya mau kelihatan seksi..hahaha...tapi mukanya kelihatan sangat kebudak-budakan...

ketika mereka sekeluarga menikmati hidangan..adik perempuanya itu..sibuk dengan telefon bimbitnya..seolah-olah sedang berkomunikasi dengan seseorang di luar sana..sibuk memanjang..keluarganya tidak menghiraukan keadaanya yang asyik bercakap di telefon..sehinggalah mereka semua selesai dan melangkah keluar dari hotel tersebut..dalam hati saya berbisik..sibuknya budak perempuan itu..sampaikan keluarganya yang makan bersamanya tidak begitu dihiraukan..keluarganya jugak begitu..tidak menghiraukan keadaan anak perempuanya...Ya Allah..beginikah cara kita mendidik anak-anak kita??Apa yang akan berlaku pada anak perempuan itu apabila sudah meningkat dewasa nanti...??

Wahai ibubapa sekalian...lihatlah dan tinjaulah anak2 kita..didiklah mereka dengan baik...terapkan ilmu agama di dada mereka..jangan biarkan mereka dengan dunia mereka sendiri...kesian mereka apabila dewasa nanti..didiklah mereka dengan penuh kasih sayang...jangan terlalu dedahkan mereka dgn hal dunia yang belum tentu lagi menjamin masa depan mereka di dunia akhirat nanti...
Dedahkan mereka dengan Hadis Rasulullah saw, amalkan Sunnah Rasulullah saw..dan Jadikan Alquran sebagai panduan mereka..

" Kehidupan didunia ini hanyalah permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan.Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang yang bertakwa.Maka, tidakkah kamu memahaminya..??" Surah al-An'am ayat 32.

Ingatlah pesanan Rasulullah dalam mendidik anak-anak kita...Pesanan Rasulullah saw dari Ibnu Majah yang bermaksud " Muliakanlah anak-anak kamu dan perbaikilah adab mereka".

Ingatlah jugak anak-anak kita adalah pelapis bangsa,negara dan agama kita..didiklah mereka dengan sebaiknya..jangan abaikan mereka..

Wassalamm...

Saturday, December 25, 2010

Surat daripada seorang LELAKI kepada FUTURE WIFE reply Surat daripada seorang wanita kepada FUTURE HUSBAND..


Salam Kehadapan Bakal IsteriKu (Aku pun berharap hanya engkau shj).

Blh saya panggil isteriku sayang..


Isteriku boleh panggil sayang, I menaip surat ini bukan sebab mahu beritahu terima aku seadanya.. I faham kenapa sayang menghantar surat bertajuk [Surat daripada seorang wanita kepada FUTURE HUSBAND(xada main 's' kat blakang..hehee)]

Sayang, I berharap I dapat menyiapkan diri sepenuhnya dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu dengan sayang dan keluarga sayang. Dan ingi bertanggungjawab sepenuhnya dan bersedia menjadi pemimpin keluarga yang akan menanggung dosa-dosa isteri dan anak-anak.

Kalau kita berjumpa nanti jangan segan silu ajak saya ke masjid ingatkan saya untuk solat ya.Jangan lupa ingatkan saya solat sunat sekali kerana itu salah satu sunnah Rasullullah yang kita harus ikut.Sayangku kalau saya lupa untuk solat ingatkan saya ya,kalau terbangun subuh cepat kejutkan dgn sms atau misscall.. Kalau tgk rakan-rakan punya pakwe bangun lewat rply sms ucap selamat pagi pada subuh gajah bg ingat I ya sayang kalau tidak pukul I ya tp jgn samapi lebam2 yang mahu mampus..

Kalau sayang boleh menunaikan solat (I faham masalah wanita jgn maraha ya) tapi jangan menipu yang sayang tidak boleh solat jika sayang boleh menunaikan solat I pun belajar sains juga dan I ada IBU so I amat memahaminya. Jadi kalau dapat solat hendaknya sayang jadi makmum ya sayang jangan lupa solat sama-sama ya. I berharap kita saling ingat meningati antara satu dengan lain. Kalau masa depan kita ada anak jangan marah kalau I pukul anak kita yang berumur tujuh tahun keatas kerana tidak solat..

Sayang I harap sayang boleh masak sedap skit pun tidak apa sayang kalau tidak sedap boleh lah belajar drpd buku atau rancangan T.V tak apa kerana I sedia menjadi tukang rasa makan. Yang penting jangan letak racun simpanan I bukan banyak pun coz I ada guna sedikit semasa menguruskan perkahwinan kita. Kalau I penat sangat maafkan I tdk menolong sayang memasak, kalau sayang pun penat bisik dekat telinga I untuk tolong masak bersama kalau tidak makanan segera tu kena buka bersama-sama..sayang I sediakan periuk nasi yang baik walaupn x secanggih mana,kalau gas habis ingatkan biar lah ada stok 2 tong gas dirumah.. Ingat I akan ready beli makanan segera untuk kecemasan sahaja tapi sayang tahukan makanan segera tu tidak sihat sangat tapi ingatlah sebelum I dapat kahwin dgn sayang I simpan duit hari2 makan makanan segera harap sayang faham kenapa I nak sayang masak makanan..

Sayang I amat berharap I tidak lupa akan tarikh penting dalam hidup kita macam hari jadi atau anniversary harap sayang pun tidak lupa ya. Jangan jual mahal kalau kita celebrate,kalau I x ajak dinner ke hotel jangan marah coz I nak buat kenduri biarlah kita buat kenduri doa selamat dansedekah pada hari anniversary kita.

Kalau anak tu biarlah kita berusaha dan mengharapkan kurniaan ALLAH kpd kita ya sayang.. Tdak perlu seramai pasukan bola sepak tapi I bersedia kalau sayang on sj.. I akan berusaha mencari nafkah untuk anak2 kita.I bersiap sedia menolong kemas rumah dan tukar lampin dan sebagainya. Kalau ada kelebihan sayang simpan duit sayang untuk kegunaan kecemasan I tdk kisah kalau setiap kali gaji duit I tinggal bbrp puluh ringgit yang penting sayang kena bagi I bekal makanan itu yang penting dan siapkan I sarapan pagi..

Kalau I nak ke kerja jangan lupa salam I ya sayang, I akan bagi kucupan di dahi sayang.. jangan cakap malu depan anak-anak kerana I sayang SAYANG ,jangan mengelak pula.. Biarlah anak-anak tahu kita romantik biarlah kita menjadi contoh kpd.. Kalau hari2 pun tak apa sayang yang penting I tidak mahu sayang cakap bosan dengan I kerana sayang I nak dan berharap setiap hari adalah hari pertemuan dan hari-hari percintaan kita.

Klau syg mau senang kita upah org gaji pun ok tp bkan selalu bibik tu kena kerja coz rumah kita, kita kena kemas sayang biarlah kita kemas bersama.. Jarang-jarang kemas bersama-sama ok jugakan.

Sayang harap sayang pun tidak malu kalau kta jalan-jalan, I pegang tangan sayang tau biar depan anak atau ibu bapa kita sayang.. Kalau I jalan terlalu cepat baling batu kat I tau coz I takut I pula lupa akan kata-kata I nie.. Kalau sayang mau I lekat sj tangan I kat pinggan sayang.. Klau I tengah ambil tempahan kat pelayan Restaurant I ada senyum lebih kat pelayan perempuan tarik telinga I ya..

Tengah2 jalan ada awek cun dpn mata I pusingkan I menghadap sayang ya spya I boleh ingat kata-kata I nie terhadap sayang..I pun harap sama juga dengan sayang jangan senyum lebih-lebih kat orang lain ya.. sayang I pun ada perasaan pandai cemburu..

Kalau I pergi outstation nanti tolong jaga diri untuk I ya sayang,, I tdk tahan untuk jauh2 kalau sayang tidak bekerja dan kita belum ada anak-anak lagi I akan bawa sayang bersama-sama I outstation I guna duit I sayang dont wory I x akan guna duit syarikat atau kerajaan tapi kalau sayang tidak mau ikut bawalah adik sayang n adik ipar I untuk temankan sayang dan anak-anak klau tidak pun bawa lah mak abah ya sayang ikut tinggal bersama kalau ada kelebihan I bawakan buah tangan untuk dorang..Untuk sayang tetap ada iaitu "I" hihihihi rindukan...Kalau I balik lambat I akan bagitahu sayang kenapa dan kemana I pergi supaya sayang tidak risaukan I

Sayang kalau sayang betul-betul sanggup tunggu I.. I akan cuba buat yang terbaik untuk simpan duit untuk masa depan kita sayang.. I akan berjimat cermat sayang untuk hari muka..Harap sayang jangan marah kalau I belikan anak-anak mainan sikit plak kerana I nak anak-anak I terdidik dgn mainan yang sikit shj biar lah dorg mengenali ILMU lebih sikit.. Kalau ada masa kita bermain bersama dgn dorg ya

Sayang maafkan I jika kita nanti tidak kaya raya..tapi kalau kita menjalani hidup yang sederhana harap sayang boleh terima dan I akan berusaha untuk memberi yang terbaik buat Isteri I dan anak-anak I..I juga berharap kita biarlah makan yang mencukupi dan berkhasiat itu yang I inginkan..

I berharap semoga I dimurahkan rezeki selagi I mampu I berusaha agar kita dapat menunaikan HAJI bersama-sama... Jika berkelebihan diusia muda I nak bawa anak-anak mengerjakan umrah.. I berharap sangat akan perkara ini..

Sayangku andai kata I meninggal dunia lebih awal, jangan menolak takdirmu sekiranya sayang dikurniakan insan yang lebih baik daripada I, yang boleh menjaga sayang dan anak-anak I walaupun tidak mahu I redha cuma terpulang kepada sayang.. Jika sayang yang akan pergi dahulu I tidak akan mencari yang lain kerana I takut I akan mengingati sayang setiap saat kita bersama dan akan membandingkan dengan sayang kerana sayang adalah sayang.. cukuplah sayang yang I ada, I terima andai sayang pergi dahulu kerana sayang disayangi oleh Ilahi.. dan I betul-betul tidak sanggup melihat sayang melihat I pergi dahulu.. I berdoa selalu biarlah sayang dan I bersama sehingga hidup yang hakiki..

Ingat sayang kalau kita berdoa Insyallah sayang adalah sayang I.. Berdoa dan beusaha selalu, merancang untuk masa hadapan kita dan ALLAH S.W.T akan menentukan kehidupan kita..

Daripada Bakal Suami Mu......


Renungi surat ini..jadikan panduan dan pengajaran untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan di redhai Allah...


Tuesday, December 14, 2010

Dilema seorang aku

Assalammualaikum semua..

Apa khabar? lama tak menulis dalam blog saya ini..rindu rasanya.Sejak kebelakangan ini saya sangat sibuk dengan hal dunia yang belum tentu memberi kebahgiaan yang sebenar untuk diri saya dan insan-insan yang ada di sekeliling saya..keluarga,saudara mara dan kawan-kawan...astaghfirullah..hampir hilang tumpuan dengan dunia akhirat yang kekal abadi.Moga allah sentiasa memberi saya peringatan agar tidak lupa dengan dunia yang bakal kita tempuhi..dunia akhirat yang kekal abadi...insyallah.

Pada masa ini..saya bekerja dan saya jugak terdedah dengan hal dunia yang tidak pernah saya hadapi sebelum ini..dengan pelbagai karenah rakan2 sekerja, saya sangat tercabar dengan keadaan yang ada sekarang..saya jugak sedih dengan apa yang saya dapat tahu tentang umat islam yang kununya beragama islam namun..gaya hidupnya..sangat2 berbeza dengan apa yang sepatutnya dalam kehidupan sebagai umat islam. Mempunyai nama yang melambangkan Islam, namun meneguk arak dikhlayak ramai, ke bar, disco, pergaulan bebas lelaki perampuan...sungguh berbeza sekali...dan Sungguh saya tidak menyangka rupanya ada manusia sebegini, saya ingatkan semua ini hanya ada dalam drama atau dalam novel buku. Rupanya memang perkara ini berlaku dalam zaman sekarang...lupakah mereka akan janji Allah..?? lupakah mereka siapa yang memberi mereka kehidupan didunia yang sementara ini..??lupakah mereka akan seksa api neraka yang maha dahsyat itu..??lupakah mereka suatau hari nanti kita semua akan hidup di dunia akhirat yang kekal abadi..??Ya Allah..sedarkanlah mereka..berilah petunjuk dan hidayahMu kepada mereka...

Sakit hati melihat karenah kawan kawan yang selalu ada disisi..hendak dinasihati..di bantah dengan hujah hujah mengikut nafsu mereka...hendak di halang..nanti dikatanya kita jaga tepi kain orang..Sungguh mencabar sekali..apa yang perlu saya lakukan..??kesian mereka..
apa yang dapat saya lakukan adalah berdoa kepada Allah Moga mereka sedar apa yang mereka lakukan sebenarnya hanya menzalimi diri mereka sendiri...Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka...

Monday, January 4, 2010

Lelaki


Assalamualaikum semua..
Ramai kawan-kawan aku yang tengah bercinta, yang ingin bercinta, ataupun yang dah putus cinta bertanya kepada aku lelaki yang bagaimana yang paling sesuai untuk dijadikan teman hidup atau calon suami dalam hidup seorang wanita. Aku bukanlah pakar motivasi yang boleh memberikan jawapan yang tepat kepada mereka, namun aku banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan lelaki dan wanita yang boleh aku kongsi bersama dalam tulisan ini.Walaupun dalam blog ini saya banyak menulis tentng wanita namun kali ini aku cuba untuk menulis tentang lelaki pulak, tak salah kita kongsi bersama ilmu yang bermanfaat ini.Untuk kebaikan kita bersama juga, Insyaallah..
Bercakap mengenai lelaki, pastilah kita tahu bahawa lelaki itu adalah tunggak utama dalam sesebuah institusi Negara, masyarakat dan keluarga.Lelaki adalah insane yang saya sangat hormati dan sanjungi jika lelaki itu benar2 menjadi lelaki yang baik, bertanggungjawab, penyayang, menghormati orang lain, berkepimpinan dan solehah.Itulah impian setiapa wanita yang inginkan sebuah keluarga yang harmoni hingga ke akhir hayat. Namun, lelaki yang bagaimana yang boleh dijadikan calon suami dan seterusnya menjadi suami?
Menurut Dr HM Tuah Iskandar al-Haj dalam Buku tulisanya yang bertajuk “ Membina Unggul Lelaki” antara ciri-ciri lelaki yang baik yang boleh kita nilai terhadap seorang lelaki yang baik adalah seperti berikut:
a) Beriman
b) Akhlak yang baik
c) Kelakianya terpelihara
d) Seorang yang amanah
e) Pengurusan kewangan yang kukuh
f) Kemahiran hidup yang tinggi
g) Penyayang terhadap ibu bapa dan keluarga
h) Mempunyai sahabat yang baik
i) Setia pada pasangan
j) Bijaksana dalam melayari hidup.

Dan menurut satu sumber pembacaan saya, jika kia kita hendak memberikan cinta kita terhadap seorang lelaki, mungkin ciri-ciri berikut bolehlah di jadikan panduan agar dapat memilih seseorang yang boleh kita harap didunia dan juga di akhirat kelak, Insyaallah.

a) Kuat agamanya.
- Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
b) Baik akhlaknya.
-Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.
c) Tegas mempertahankan maruah.
-Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.
d) Amanah.
-Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
e) Tidak boros
-Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
f) Tidak liar matanya.
-Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
g) Terbatas pergaulan
-Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
h) Rakan pergaulannya.
-Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
i) BertanggungjawabRasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab
j) Tenang wajah
-Apa yg tersimpan di dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya..." Ya Allah,mampukah aku mendapat keredhaanMU dan naunganMU di Padang Masyhar kelak...

Moga tips diatas mampu membantu anda untuk mencari pasangan yang terbaik, moga bahagia didunia dan di akhirat kelak..Insyaallah..

Saturday, October 3, 2009

Aku yang bernama wanita solehah..2..


17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat. 36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya. 44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya." 50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi isteri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".


*nasihat untuk diriku dan juga dirimu....moga diredhai Allah swt.. ameen

Saturday, September 12, 2009

Aku yang bernama wanita solehah..


Fadhilah Wanita Catatan Pembuka Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

Bersambung....

Thursday, August 27, 2009

Peranan Niat

Peranan Niat Dalam Islam/menurut Islam

Antara peranan niat dalam islam:

1. Supaya segala kerja kita terhubung dengan Allah.
2. Agar membezakan di antara adat dengan ibadah.
3. Untuk mengesahkan ibadah.
4. Untuk amalan dan usaha mendapat pahala.
5. Boleh membanyakkan pahala di dalam satu-satu perkara.
6. Agar yang harus jadi ibadah.
7. Niat yang baik diberi pahala sekalipun belum sempat berbuat
8. Niat yang jahat apabila niat dibatalkan diberi pahala.
9. Niat lebih baik daripada amal.
10. Niat banyak perkara banyak pula pahalanya sekalipun belum berbuat.

"Sesungguhnya amalan seseorang itu bergantung pada niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pasang Niat Dalam Sebarang Kerja Kalau engkau keluar rumah tidak memasang apa-apa niat ,rugi sekali. Kalau engkau membuat sebarang kerja tidak ada niat apa-apa engkau membuang masa .Jika engkau membaca tidak ada apa-apa matlamat hanya sekadar ingin ilmu termasuk mensia-siakan umur engkau. Sekali-sekala engkau rehat-rehat tidak mempunyai niat terbuang sahaja masa engkau. Engkau makan, minum, berpakaian hanya berlaku begitu sahaja. Engkau telah merugikan kebiasaan .Engkau berseronok-seronok dengan anak isteri tidak ada tujuan apa-apa, masa engkau percuma sahaja. Sekalipun apa yang engkau buat, usaha, makan dan minum belum termasuk kawasan dosa tapi engkau telah mensia-siakan itu semua. Kalau engkau pasang niat dihubungkaitkan dengan Tuhan, bukankah ia jadi ibadah .Berapa banyak ibadah-ibadah tambahan yang engkau perolehi. Jika di dalam satu perkara itu memasang niat yang banyak, lebih-lebih lagi bertambah banyak pahala engkau. Hanya yang engkau pasang niat ibadah-ibadah asas. Selain itu engkau membuatnya bersahaja tanpa apa-apa matlamat. Kalau begitu apa matlamat hidup engkau sebenarnya? Mengapa matlamat hidup engkau, engkau bataskan. Sedangkan apa yang engkau buat terlibat dengan masa. Padahal sebahagian kecil amalan engkau yang mempunyai niat .Ertinya berapa banyak masa engkau yang terbuang begitu sahaja .Di sinilah nanti engkau akan menyesal tidak sudah-sudah di Akhirat kelak. Itu kalau masa yang terbuang itu tidak di dalam lingkungan dosa .Jika sudah termasuk kawasan dosa lebih-lebih lagilah engkau akan menyesal dan menderita .Kerana itulah apa sahaja yang hendak kita buat biar ada matlamat .Kerana kita datang ke dunia ini dengan tujuan beribadah kepada Allah Taala .Kalau begitu biarlah seluruh hidup kita menepati ibadah.Satu lagi, dalam bulan puasa ni nita juga sangat penting, klu tidak sia-sia saja kita berpuasa dalam sehari.So,jangan lupa pasang niat walau apapun yang hendak kita lakukan.